Pada 23hb Julai 2011 Sabtu, jam 8.00 pagi, Karnival Rakan Alam Sekitar Kawasan Parlimen Lumut 2011 telah dilancarkan di SKSB. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Kong Chong Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut. Karnival ini dibantu juga oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuluh, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Pengurusan Sisa Pepejal dan juga Majlis Perbandaran Manjung. Antaran acara-acara yang dijalankan : Pertandingan Mewarna Pra sekolah, Tahap satu dan Tahap dua, Ucapan-ucapan daripada YB Dato' Seri Kong Chong Ha, Persembahan Sketsa dan Tarian. |
sahabat-sahabat
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
September 27, 2011
Karnival Rakan Alam Sekitar Kawasan Parimen LUMUT 2011
nukilan:
LATIFAH BINTI IDRIS
pada
13:15
0
komentar
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
tag:
aktiviti sekolah,
karnival
Sambutan Hari Kebangsaan, Hari Kanak-Kanak & Hari Raya 2011
Pada 23hb September 2011, jam 7.45 pagi, warga SKSB dengan pakaian baju raya berkumpul di Dataran Wawasan untuk menyambut 3 perayaan dalam satu majlis, iaitu Sambutan Penutupan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak dan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah tahun 2011. Aturcara majlis pada hari tersebut telah disusun dengan padat dan menarik untuk meraikan sambutan yang begitu istimewa. Majlis telah dimula dengan Penutupan Hari Kemerdekaan. Berbagai program telah disusun seperti : Nyanyian Lagu Patrotik, Persembahan dari murid, Perarakan Bendera. Seterusnya disambung dengan program hari kanak-kanak dan juga sambutan Hari Raya dengan mengadakan jamuan raya di dalam kelas.
nukilan:
LATIFAH BINTI IDRIS
pada
13:02
0
komentar
Email This
BlogThis!
Share to X
Share to Facebook
tag:
aktiviti sekolah,
hari raya,
kanak-kanak
