sahabat-sahabat

Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

December 06, 2011

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)


Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya ( Glossary Link OKU).
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.
Objektif
  • Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
  • Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
  • Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
  • Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
  • Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.
Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
  • Home Based
  • Centre Based
  • Centre-Home Based
Aktiviti PDK
  • Kemahiran motor kasar
  • Kemahiran motor halus
  • Perkembangan sosial
  • Perkembangan bahasa
  • Pengurusan diri sendiri
  • Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis
  • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain
  • Latihan Vokasional
  • Terapi muzik
  • Sukan dan rekreasi
Konsep PDK 'One Stop Centre'
PDK 'One Stop Centre' sebagai 'Focal Point' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK 'One Stop Centre', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian
Peranan PDK 'One Stop Centre':
  • Pusat Intervensi Awal OKU
  • Pusat Sumber maklumat OKU
  • Pusat Rujukan OKU
  • Pusat Pendaftaran OKU
  • Pusat Advokasi
PDKNet
PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer.
Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini.
Untuk capaian PDKNet, ianya boleh dilayari melalui laman web www.pdknet.com.my
Mereka yang membaca artikel ini juga berminat untuk membaca:
Agensi-Agensi Lain Yang Terlibat Dalam Perkhidmatan, Pemulihan dan Pembangunan OKU

Pengenalan Pendidikan Khas


INFO PENDIDIKAN
Pengenalan Pendidikan Khas
Akta Pendidikan 1996, Bab 8.

  • Akta Pendidikan ( Pindaan) 2002
  • Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1987
  • Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [ Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas 1.
  • Deklarasi Antarabangsa:
    - Union Nation's World Programme Of Action Concerning Disabled Persons (1983).
    - The World's Declaration On Education for All (1990).
    - The United Nation's Standard Rules On the Equalisation of Opportunities for Person With Disabilities (1993).
    - The Framework For Action on Special Needs Eduvation ( Salamanca Statement) 1984.
    - Biwako Millennium Framework For Action Towards an Inclusive -- Barrier - Free and Rights - Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific ( 2002 ).
    PENDIDIKAN RENDAHSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pefajaran Malaysia ialah'.
    · berumur 6+ hingga 14+ tahun,
    · Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
    · Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
    Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akdemik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid-murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam.
    Murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Bagi Murid-murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
    PENDIDIKAN MENENGAHSyarat kemasukan murid ke pedngkat menengah Program Integrasi Pendidikan Khas, Kementerian Pelejaran Malaysia ialah
    · berumur 12+ hingga 19+ tahun,
    · Disahkan oleh pengamal perubatan, dan
    · Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
    Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aiiran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Manakala murid bermasalah pembelajaran yang tidak dapat mengikuti pembelajaran biasa akan mengikuti pendidikan yang penilaiannya akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

    PROGRAM PEMULIHAN KHASProgram ini merupakan satu program yang disediakan bagi membantu pelajar mengatasi masalah belajar yang khusus dalam penguasaan 3M. Murid yang dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini dilaksanakan hampir semua sekolah rendah.

    Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan Instrumen Penentu penguasaan IPP3M/ IPP2M. IPP3M terbahagi kepada IPP3M1 untuk murid tahun 1 dan IPP3M untuk murid tahun 2 IPP3M3 untuk murid tahun 3.

    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (Withdrawal).

    sumber dipetik dari : http://ceritarasahati2.blogspot.com/  (BUKU MAKLUMAT PENDIDIKAN KHAS JPN, SABAH 2009)
Program yang dijalankan berlandaskan kepada perkara-perkara berikut:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
 
1. Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.

2. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah Berta sekolah menengah teknik / vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

Pada masa kini Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas ( lihat Rajah 1 ), Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas pula ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, manakala Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Teknikal.

Bahagian Pendidikan Khas adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara - perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisian bagi Program Pendidikan Khas.

TEMPOH BELAJAR
  • Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun.
  • Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana -mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan ( Pekeliling lkhtisas Bit. 16 / 2002 )
 
KURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid dan kurikulum alternatif :
Kurikulum alternatif yang diguna pakai bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
 
  • Kurikulum latihan industry yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK).
  • Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas.
     
KOKURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa di arus perdana. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk :
  • Memberi peluang dan ruang kerpada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa.
  • Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid pendidikan khas.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kernampuan murid khas melalui aktiviti ko-kurikulum.
  • Membina keyakinan diri dan " self-esteem " murid pendidikan khas
    melalui Program Motivasi.
  • Aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
     
PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS
Semua murid pendidikan khas yang mengikut kurikulum kebangsaan mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi pasca menengah.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif
·Latihan Inclustri, akan mengikuti Penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan jika memenuhi syarat akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
·Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas, akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah clan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah clan Sijil Khas Vokasional.
 
PRA SEKOLAH PENDIDIDKAN KHAS
· Program Prasekolah Pendidikan Khas yang dijalankan di Negeri Sabah adalah untuk murid-murid bermasalah pendengaran clan penglihatan. Pada mass ini Kelas Pra Sekolah Pendidikan khas di negeri Sabah dijalankan di sekolah berikut
· Program Pendidikan Khas Prasekolah Integrasi :Program ini dijalankan di sekolah aliran perdana yang melaksanakan Program Integrasi Pendidikan Khas.
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah;
- Berumur 4+,
- Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

PENDIDIKAN RENDAHSyarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pefajaran Malaysia ialah'.
· berumur 6+ hingga 14+ tahun,
· Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
· Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akdemik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid-murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam.
Murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Bagi Murid-murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
PENDIDIKAN MENENGAHSyarat kemasukan murid ke pedngkat menengah Program Integrasi Pendidikan Khas, Kementerian Pelejaran Malaysia ialah
· berumur 12+ hingga 19+ tahun,
· Disahkan oleh pengamal perubatan, dan
· Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aiiran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Manakala murid bermasalah pembelajaran yang tidak dapat mengikuti pembelajaran biasa akan mengikuti pendidikan yang penilaiannya akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

PROGRAM PEMULIHAN KHASProgram ini merupakan satu program yang disediakan bagi membantu pelajar mengatasi masalah belajar yang khusus dalam penguasaan 3M. Murid yang dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini dilaksanakan hampir semua sekolah rendah.

Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan Instrumen Penentu penguasaan IPP3M/ IPP2M. IPP3M terbahagi kepada IPP3M1 untuk murid tahun 1 dan IPP3M untuk murid tahun 2 IPP3M3 untuk murid tahun 3.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (Withdrawal).

sumber dipetik dari : http://ceritarasahati2.blogspot.com/  (BUKU MAKLUMAT PENDIDIKAN KHAS JPN, SABAH 2009)

October 17, 2011

60,000 pelajar kita ketagih FB


2011/10/10

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmahbharian.com.my

Remaja habiskan masa 4 jam sehari layari internet, kerap menipu, antisosial

KUALA LUMPUR: Kira-kira 60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook (FB).
Ketagihan terhadap internet terutama FB itu menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.
Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial. Mohd Fadzil Che Din, Pengarah Institut Sosial Malaysia
Selain itu, golongan itu dikatakan mudah menghidapi penyakit seperti pening, masalah penglihatan dan sakit perut berikutan tindakan mereka mengurangkan masa tidur dan rehat yang mencukupi.

Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata ketagihan remaja melayari laman web itu semakin serius sehingga sanggup bertindak ganas sekiranya dihalang menggunakan kemudahan online.

“Remaja yang ketagih internet itu sanggup ponteng sekolah sekiranya di rumah mereka tiada komputer. Jika duit poket tidak cukup, mereka sanggup mencuri, asalkan dapat mengunjungi siber kafe,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Fadzil berkata, melayari internet kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka dan sering berasakan seolah-olah hidup sunyi jika tidak berinteraksi dengan rakan FB. 
“Mereka berasa lebih selesa dan selamat untuk berkomunikasi melalui internet sekali gus membantutkan perkembangan interaksi terus sesama manusia,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan golongan ketagih laman web itu seperti ketagihan dadah yang sukar untuk diubati kerana ia satu cara membantunya bersosial.

Katanya, terdapat juga kes sesetengah golongan muda yang lebih rela berhenti kerja daripada mengurangkan masa mereka dengan melayari laman sosial itu sekiranya diberi pilihan.

“Sekiranya ketagihan laman sosial itu tidak diatasi, ia akan menyebabkan pelbagai impak negatif termasuk gejala ponteng sekolah dan perbuatan jenayah serta antisosial,” katanya.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Zain, berkata ketagihan melayari laman sosial boleh menyebabkan keletihan fizikal dan mental yang melampau.

Beliau berkata, ia turut mengganggu jam biologi pelajar sehingga menyebabkan hormon terganggu, sistem ketahanan badan kurang selain memberi kesan kepada mental.

“Apabila masa yang sepatutnya untuk rehat digunakan melayari internet, ia menyebabkan pelajar itu letih fizikal dan mental sekali gus tumpuan belajar berkurangan,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berkata tumpuan terlalu lama terhadap internet akan menyebabkan pelajar lebih suka menyendiri.

Beliau berkata, mereka juga bersifat individualistik selain mudah terdorong untuk melayari laman lucah kerana bahan itu mudah didapati dan boleh dimuat turun dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

October 05, 2011

Memantapkan sahsiah pelajar

SAUDARA Malek Murad dalam rencananya ‘Krisis disiplin di kalangan penuntut sekolah’ Dewan Masyarakat April 1975, antara lain menyentuh tentang pentingnya sekolah mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah jika sekolah mahu mengekalkan peranan tradisionalnya sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
     
Rencana itu sudah lama ditulis, tetapi gaya dan permasalahan yang dibangkitkan masih sama dengan apa yang masih diperkatakan sampai sekarang.
Ini bermakna masalah disiplin dan moral anak-anak muda bukan baru, cuma pendekatannya berbeza. Memang anak-anak muda zaman dulu tidak merempit, tidak melawan guru atau tidak memecahkan harta benda awam, tetapi kes lain seperti pergaduhan, mencuri, mencederakan rakan telah berlaku dan masih dalam ruang lingkup sama iaitu salah laku membabitkan pihak tersebut.

Krisis nilai di kalangan anak-anak muda kini membimbangkan pelbagai pihak. Bukan saja ibu bapa yang pening memikirkan anak- anak mereka terutamanya ketika di luar rumah, masyarakat sekeliling turut bimbang dengan pelbagai keadaan yang berlaku membabitkan remaja.


Boleh dikatakan saban hari kita disogokkan dengan berita atau cerita membabitkan kanak-kanak mahupun golongan remaja dan kebanyakannya masih di bangku sekolah. Kita tidak hairan jika berita atau cerita tersebut mengenai kejayaan mereka dalam sesuatu bidang, tetapi agak malang jika kita didedahkan dengan berita penangkapan mereka atas sesuatu kesalahan yang mereka lakukan.

Paparan media massa mengenai segala jenis salah laku termasuk jenayah memang cepat mempengaruhi kanak-kanak. Sejak kecil lagi mereka sudah dipengaruhi norma-norma hidup yang mengelirukan dalam menjalani kehidupan harian dan menempuh masa depan.

Segala kemelut ini mesti diberi perhatian malah diatasi dengan penekanan nilai murni melalui subjek dan aktiviti luar bilik darjah yang membentuk jiwa mereka supaya menjadi masyarakat yang mampu bertahan dengan segala macam cabaran di luar kelak.

Di sekolah, antara subjek yang mengandungi penekanan nilai murni termasuk Kesusasteraan, Bahasa, Pendidikan Moral dan Agama. Subjek ini dirasakan sudah cukup membimbing pelajar ke arah kemantapan jiwa dan sahsiah.

Bagi pelajar sekolah menengah, pengenalan Komponen Sastera (Komsas) sejak tahun 2000 menambahkan lagi khazanah atau pendedahan nilai murni di kalangan pelajar sejak mereka di tingkatan satu lagi. Hasil sastera baik prosa moden dan tradisional, puisi, novel dan drama menyelitkan pelbagai nilai murni yang boleh digarap pelajar.

Keberkesanan Komsas bukan hanya untuk melatih pelajar menjadi penulis, tetapi memantapkan pemahaman dan kepatuhan mereka terhadap nilai murni yang disogokkan kepada mereka lewat karya sastera kemudian diterjemah dalam kehidupan seharian.

Pelbagai aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan, unit pakaian seragam dan sukan juga tidak kurang penting memainkan peranan membentuk pelajar menjadi insan mengamalkan nilai kerjasama, bantu-membantu, tabah, sabar dan rajin dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan.

Pihak sekolah mesti memastikan setiap aktiviti ini dilibatkan pelajar dan bentuk tindakan yang mendidik perlu dikenakan jika ada pelajar enggan memberi kerjasama atau memperlekeh usaha untuk mengisi masa mereka dengan perkara berfaedah.

Sekolah mesti mengambil kira jalinan hubungan dengan ibu bapa sekiranya ada pelajar memandang rendah kepada setiap peraturan yang ditetapkan di sekolah. Sekolah tidak boleh berlembut dengan ibu bapa yang selalu menyebelahi anak mereka walaupun anak ternyata melanggar peraturan sekolah.

Jika sekolah berlembut, sampai bila segala peraturan di sekolah tidak akan dipandang tinggi oleh pelbagai pihak yang mahu mengukuhkan imej institusi pendidikan sebagai tempat untuk menimba ilmu dan membina sahsiah pelajar.

Jadi, apabila akhir-akhir ini kita kerap didedahkan dengan pelbagai salah laku di kalangan remaja seperti kes buang bayi, dadah, pergaduhan dan sebagainya kita tidak perlu menyalahkan sistem pendidikan sedia ada di negara kita.

Kita pernah mendengar berita mengenai pelajar menyamun di sebuah kedai serbaneka menggunakan pistol mainan dan parang panjang, kita pernah mendengar kisah pelajar mencederakan guru, merosakkan kereta guru dan sebagainya yang memperlihatkan bahawa jenayah dan salah laku bukan hanya dilakukan orang dewasa, malah golongan yang sedang menimba ilmu pengetahuan.

Sebenarnya, pemahaman dan pembabitan pelajar dalam aktiviti yang ditetapkan di sekolah sudah cukup menjadi benteng untuk menghalang mereka daripada melakukan pelbagai salah laku.

Persoalannya, mengapa ada antara mereka yang masih tergamak melakukan pelbagai salah laku termasuk melawan guru, merosakkan harta benda sekolah, terbabit dadah dan jenayah lain?

Sikap sesetengah pelajar yang mempunyai kefahaman cetek atau memandang ringan terhadap aktiviti luar bilik darjah menjadikan mereka liar dan tidak memahami apa tujuan setiap aktiviti yang dijalankan.

Kedangkalan mereka tentang pelbagai nilai yang terkandung dan terselindung di sebalik kebanyakan subjek di sekolah menjadikan mereka lepas tangan atau tidak mengambil kisah tujuan sebenar setiap subjek yang mereka pelajari.

Ironinya, boleh kita fikirkan sendiri bahawa setiap pelajar itu, jika kita kira sejak bersekolah di peringkat sekolah rendah hingga tamat persekolahan di peringkat menengah, mungkin hampir seratus guru mengajar mereka.

Jika difikirkan lagi, mana ada guru yang menyuruh anak muridnya mencuri, merompak, menipu orang, tetapi setiap guru memberi ajaran positif ke arah kecemerlangan individu dalam mendepani hari muka.

Oleh itu, kebejatan sosial kini perlu dilihat sebagai ancaman yang boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup. Selain ibu bapa dan masyarakat sekeliling, sekolah mesti melihat masalah ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian lebih serius, termasuk berusaha memperkemas sistem pendidikan ke arah melahirkan insan lebih bijak menilai mana kaca dan permata.

Sejak tahun 70-an lagi kita sudah menyedari sistem pendidikan kita condong ke arah kecemerlangan akademik. Ia dikatakan menjadi salah satu penghalang membentuk sahsiah pelajar. Kita agak ketinggalan kerana sampai kini kita masih melaung-laungkan perkara sama sedangkan sudah lebih 30 tahun perkara ini diungkit.

Sampai masanya kita mengubah sistem dan persepsi tersebut supaya kita dapat mengurangkan pelbagai masalah yang mengitari hidup pelajar di negara kita.

  • Penulis seorang guru

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting