sahabat-sahabat

December 11, 2011

Teknologi multi media membantu pelajar bermasalah pendengaran

OKU (Orang Kurang Upaya)  masalah pendengaran terutama kanak-kanak, biasanya akan
menghadapi masalah dalam menguasai bahasa percakapan atau penulisan seterusnya
menghadapi masalah dalam komunikasi  dengan masyarakat sekeliling. Masih terdapat
kekurangan material untuk membantu komuniti pekak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Kemudahcapaian kepada
rekabentuk perisian pendidikan multimedia akan dapat memberi banyak faedah kepada ramai
pengguna dari pelbagai  latarbelakang dan keupayaan termasuk OKU masalah pendengaran. 
Kertas kerja ini membincangkan kajian awal terhadap keperluan merekabentuk perisian
pendidikan multimedia untuk meningkatkan kemudahcapaian (accessibility) orang kurang
upaya masalah pendengaran atau pekak.
Keywords: kemudahcapaian, rekabentuk perisian, multimedia, oku masalah pendengaran
1. Pengenalan
Ledakan dan kemajuan teknologi maklumat telah menjanjikan setiap individu kepada capaian
maklumat dan pengetahuan yang lebih luas, jaringan komunikasi kepada lebih ramai orang
dan kemudahan di dalam dunia pendidikan dan kerjaya.  Peluang ini turut memberi kelebihan
kepada masyarakat OKU (orang kurang upaya).  Telah banyak laporan menyatakan bahawa
teknologi maklumat termasuk internet mempunyai kesan penting di dalam kehidupan mereka
(DO-IT, 2004; Hasselbring & Glaser, 2000).
Di dalam bidang pendidikan, konsep ―tiada diskriminasi juga termasuk kebolehan semua
orang untuk mendapat hak dan peluang yang sama di dalam pendidikan tanpa mengira kelas
sosial, etnik, latarbelakang atau ketidakupayaan (disabilities) (Klironomos et al, 2005).  Oleh
itu, semua orang di dalam masyarakat mempunyai hak yang sama untuk mendapat peluang
pendidikan.  Di dalam konteks ini, komuniti pekak juga mempunyai hak yang sama untuk Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010                                                  153
menggunakan alat bantu pendidikan (educational tool), termasuk yang menggunakan konsep
ICT (ICT based tools) atau perisian berbantukan komputer (PBK).
Justeru itu, usaha untuk merekabentuk perisian pendidikan multimedia yang juga boleh
dicapai oleh pengguna masalah pendengaran selain oleh pengguna  awam seperti  keluarga
dan rakan-rakan oku pekak merupakan satu keperluan yang dapat meningkatkan kualiti hidup
komuniti ini.  Kajian ini menggunakan konsep rekabentuk untuk semua atau ―Design for All
primes concept,  di mana perisian pendidikan dibangunkan menggunakan prinsip-prinsip
metodologi yang mengaplikasikan pertuturan kiu sebagai medium komunikasi alternatif
dikalangan oku masalah pendengaran dan masyarakat umum.
2. Komuniti Pekak
Pekak atau masalah pendengaran adalah disebabkan oleh kerosakan di bahagian telinga yang
menghalang pendengaran.   Oyer et al. (1994) mendefinasikan darjah atau tahap kehilangan
pendengaran bergantung kepada tahap kerosakan:
 PROFOUND (91 dBHL ke atas) Kehilangan pendengaran secara menyeluruh.
Tak dapat dibantu dengan alat bantu dengar.
 SEVERE (80  – 90 dBHL).  Kehilangan pendengaran yang bermakna alat bantu
dengar adalah satu kemestian.
 MODERATE (45 – 79 dBHL)  Bermasalah untuk mendengar bunyi yang kuat.
 MILD (30 – 44 dBHL) Bermasalah untuk mendengar pertuturan biasa.
 SLIGHT (15 – 29 dBHL) Kesukaran mendengar bunyi bisikan dan perbualan di
khalayak ramai.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat lebih 30,000
orang pekak berdaftar berbanding 24 juta populasi penduduk di Malaysia. Masalah utama
oku pekak (masalah pendengaran) adalah berkomunikasi dengan orang sekeliling. Bahasa
Isyarat Malaysia (BIM) atau Malaysian Sign Language adalah bahasa yang meluas digunakan
dikalangan orang pekak juga sebagai medium untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. 
Komuniti pekak sangat bergantung kepada jurubahasa isyarat untuk berkomunikasi dan
mendapatkan maklumat (Siew et al. 2007). 
Namun begitu, tidak semua orang pekak (terutama kanak-kanak) tahu menggunakan bahasa
isyarat.  Ini kerana tidak ada satu versi standard untuk bahasa isyarat dan pergerakan yang
rumit mungkin amat sukar untuk menggambarkan sesuatu bahasa yang saintifik atau tinggi
(Burgstahler, 2008).  Kemampuan mereka menguasai bahasa isyarat dan sejauh mana bahasa
isyarat membantu mereka menjalani kehidupan seperti manusia normal masih menjadi
persoalan.    Ini kerana mereka sering menghadapi masalah ketika berurusan di kaunterkaunter jabatan kerajaan atau bank, mendapatkan rawatan di hospital, memberi keterangan di
balai polis dan sebagainya kerana tidak ramai petugas dan orang awam yang boleh berbahasa
isyarat
Literasi adalah keupayaan individu untuk membaca dan menulis tetapi bagi oku pekak, ia
juga bermaksud keupayaan untuk bercakap atau bertutur. Bagi manusia normal, bahasa
percakapan dan penulisan sangat mudah dipelajari kerana ia diajar di sekolah dan masyarakat
sekeliling (Salawaati, 2009).  Malangnya kanak-kanak pekak tidak mempunyai capaian
(inaccessibility) kepada bahasa pertuturan (bahasa lisan) dan kurang atau tiada pendedahan
kepada bahasa isyarat (Goldin-Meadow & Mayberry, 2001).  Justeru  itu, kanak-kanak pekak
biasanya menghadapi perkembangan bahasa yang lambat berbanding akan-rakan mereka
yang boleh mendengar   (Mayer, 2007). Bagi OKU pekak, mereka perlu diajar cara bertutur
yang betul bagi membolehkan komunikasi dengan keluarga dan masyarakat.
Perisian pendidikan, e-learning, teknologi pendidikan berasaskan komputer atau
pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah teknologi yang mampu  meningkatkan
peluang pendidikan kepada ramai pelajar. Menurut Lynch et al. (2000), pembelajaran
berbantukan komputer ialah komputer digunakan untuk mengajar atau mengasah sesuatu
kemahiran di mana ia membawa banyak manfaat kepada pelajar antaranya:
 mempercepatkan proses pembelajaran, 
 dapat meningkatkan daya ingatan,
 berinteraksi dengan komputer secara aktif,
 fleksibiliti dalam pembelajaran; pelajar yang menentukan cara menggunakan
bahan PBK,
 pembelajaran kendiri.
Kajian lain pula mendapati penggunaan teknologi multimedia dapat meningkatkan motivasi
pelajar, meningkatkan  self-esteem dan meningkatkan pencapaian pelajar (Xiaoming Li &
Atkins 2004).  Ramai penyelidik telah mengkaji pelbagai ciptaan dan produk untuk
meningkatkan literasi dikalangan palajar  masalah pendengaran. Kewujudan   ComputerAssisted Language Learning (CALL) telah menggalakkan peningkatan proses pembelajaran
bahasa (Korat & Shamir, 2007).  Selain daripada itu, penggunaan visual cues telah dibuktikan
memberi manfaat kepada pembelajaran bahasa dikalangan pelajar masalah pendengaran
(Gentry et al., 2005;Fung et al., 2005). Buku bergambar dan bahan bacaan bergambar sangat
membantu pelajar pekak pada tahap kerosakan severe hingga profound terutama ketika tahap
awal perolehan bahasa (language  acquisition period) (Bond et al.,1994). Kekurangan
pendengaran telah memaksa pelajar pekak untuk memaksimakan  visual cues dengan
menghubungkan dan mengaitkan isyarat dan teks.  Bagaimanapun, beberapa pertimbangan
tambahan perlu diberi perhatian sewajarnya di dalam melaksanakan visual cues pembelajaran
berbantukan komputer. Kim et al. (2008) mendapati bahawa bagi kanak-kanak pekak,
animasi dianggap fitur yang sangat menyeronokkan di dalam pembelajaran.
Menurut Siew et al. (2007), masih terlalu kurang bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran
untuk membantu komuniti pekak di Malaysia di dalam proses pembelajaran.  Masih banyak
usaha perlu dilakukan didalam menerbitkan dan membangunkan material pengajaran dan
pembelajaran untuk komuniti pekak diperlukan untuk membantu mengurangkan jurang
komunikasi antara mereka dan masyarakat umum.  Tinjauan umum penyelidik di internet,
temubual bersama guru-guru dan ibu bapa mengesahkan penemuan ini.  Terlalu sukar
mencari perisian kursus di dalam Bahasa Melayu untuk komuniti pekak di Malaysia. 
Terdapat penerbitan berbentuk CD-ROM namun ia adalah dalam bentuk video.  Jadual 1
menunjukkan beberapa penerbitan CD-ROM untuk pembelajaran dan pengajaran  komuniti
pekak di Malaysia.
Untuk meningkatkan kemudahcapaian perisian pendidikan kepada pengguna yang
menghadapi masalah pendengaran, pembangun boleh  (NCAM 2006) :
1. menyediakan semua maklumat audio dalam bentuk visual.
2. menyediakan sari kata (captions) di dalam semua persembahan multimedia.
3. memastikan semua visual cues disedari pengguna walaupun pengguna tidak melihat terus
pada skrin. Maklumat penting mesti mampu menarik perhatian pengguna.

3 komentar:

Dean/Eye said...

Salam puan, post yang sangat menarik dan sangat berguna untuk kajian saya. Mohon izin untuk masukkan artikel puan dalam sebagai rujuakan saya. Saya sangat gembira sekiranya dapat melanjutkan perbincangan dengan puan tentang pembangunan material mutimedia untuk pelajar kurang upaya pendengaran. Saya sedang mencari bahan-bahan dari penyelidik dalaman bagi pelajar OKU ini. Sekiranya puan boleh berkongsi maklumat dan dengan saya dalam kajian saya sila email pada saya tentang artikel yang telah puan buat untuk saya quote didalam kajian saya. email saya macintag_01@hotmail.com.

Sekian

galenradcliffe said...

Spicy Bonanza: 10g (7oz) - TiDiArts.com
The titanium white fennec Spicy Bonanza is the fruit titanium cookware of nature, a fruit of creation and titanium band ring a oakley titanium sunglasses divine titanium nipple bars gift.

Unknown said...

s273k3lcfyc260 cheap sex toys,dildos,male sex toys,bulk sex dolls,wholesale sex toys,penis pumps,dog dildo,black dildos,double dildos l235j7wakwd021

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Usagi Sailor Moon - Pen Handwriting